Cara untuk Tentukan Harga Upah Jahit Manik

Ini adalah senario biasa bagi mereka yang baru berjinak-jinak mengambil tempahan menjahit manik & labuci. disini sy nak kongsi sedikit tips dari blog Butterly Beads beliau merupakan guru crumble sy..^^

Happy beading everyone (^_^)

Kali ni saja nak share pasal 'cara untuk anda menentukan harga upah jahit manik'. Mungkin ada yang dah tahu pasal teknik yang akan saya share ni, so kalau dah sila abaikan entry ini. Kalau rasa tak releven cara saya ni, sila abaikan juga entry ni, terima kasih.

Saya dapat tahu cara ni pun dari sifu manik Rosita Jaafar masa saya attend Bengkel Gabungan Warna & Melakar Corak yang diadakan oleh beliau a few months ago (ke last year.. x ingat dah :P). Tapi ada juga beberapa perkara yang saya pandai-pandai tambah :P So, here it goes...

Langkah pertama:-
Tentukan gaji sejam berapa RM untuk diri anda. Contoh RM10 untuk satu jam. Darabkan gaji anda (RM10) dengan jumlah jam anda ambil untuk siapkan satu baju. Contoh 10 jam. Jadi, upah jahit manik:-

RM10 x 10 Jam = RM100

Kalau rasa nak cepat kaya, letak la RM100 untuk saju jam, tapi kalau satu baju anda buat dalam 10 jam, upah jahit manik satu baju dah cecah RM1000, nanti orang dah tak nak hantar baju pulak :) So patut-patut la letakkan gaji untuk diri sendiri walaupun memang anda bos nya ;)

Langkah kedua:-
Tambahkan upah jahit manik tadi dengan modal. Contoh, modal untuk satu baju RM50, so:-

RM100(upah) + RM50(modal) = RM150

Modal termasuk manik, labuci, benang, jarum, minyak anda ke kedai manik (postage charges kalau beli manik online), dan lain2 yang anda gunakan untuk menyiapkan baju tersebut.

Langkah ketiga:-
Tambahkan jumlah dari langkah kedua tadi dengan 'additional charges'.
Contoh, kain yang sangat susah untuk dijahit, customer nak baju siap cepat, design yang digunakan adalah design anda sendiri, design baru (eksklusif untuk baju tersebut), 'consultation', atau apa-apa 'charges' yang anda rasa perlu untuk ditambah. Contoh additional charges RM20, so:-

RM150(upah+modal) + RM20(additional charges) = RM170

Langkah keempat:-
Mungkin orang yang menghantar baju pada anda adalah adik-beradik, saudara-mara, jiran, regular customer, kawan satu office atau kawan baik anda, jadi mungkin anda perlu bagi diskaun pada mereka. Contoh diskaun 20%.

RM170 - 20% = RM136 (bulatkan jadi RM140)

Anda tidak perlu beri diskaun jika anda tidak mahu, terpulang pada keikhlasan anda :)

Itu saja langkah-langkah untuk anda menentukan harga upah jahit manik. Kalau anda rasa teknik ni berguna mungkin anda boleh 'apply' lepas ni. Sekurang-kurangnya, bila customer tanya macam mana anda kira harga upah, anda ada 'point' anda, dan customer akan rasa berbaloi hantar baju pada anda. Tapi, yang paling penting sekali, pastikan anda menjaga kualiti jahitan anda, gunakan material yang berkualiti dan siapkan baju pada waktu yang dijanjikan (peringatan untuk diri sendiri jugak ni..) :)

Kisah duga Penjahit manik ^^

Napa ehh orang cakap upah jahit manik ni mahal...sebab

Jahit manik ni perlukan kesabaran yg sangat tinggi...leceh tul...nk kutip satu-satu manik yang sgt kecil tu..pastu nk susun dan kira ikut warna..bukannya boleh main hentam jer..kalau yang bercorak tu nk kena lukis dulu..nak fikir design apa yg sesuai..nk kena lak fikir color apa yg sesuai..byk yang kena berfikir...(Mcm PM la pula hehehe^^)

Pastu nk kena lak bongkokkan badan nk menjahit..kena fokus..kalau xfokus..abis la bercampur semua manik/labuci tu..ada juga manik/labuci yang terbang nnt dan xjadi seperti yang dikehendaki...

The best part yang selalu sy hilang sabar ialah bila benang berselirat dan bila ditarik putus...aduhai!masa inilah yg buat saya rasa mcm nak menangis..benang-benang tu bersambung panjang..kalau berselirat dan terpaksa potong...abis la kena jahit semula..oohhh..betul2 uji kesabaran..

Pastu 1 paket manik tu bukannya byk sgt dan kadang-kadang perlu guna sampai 3-5 paket..bergantung kepada corak yang dikehendaki kan...cth harga kristal pearls yg besar tu RM5.50 sepaket tau....bukan 1 color atau 1 jenis shj..byk dan pelbagai color dan bentuk diperlukan...byk modal yg perlu sy keluarkan..


Tapi disebabkan semangat menjahit manik tu kuat sy teruskan jg,, after baju dah siap sy rasa happy sangat ^_^ penat lelah tu terus hilang krna dapat puaskan hati Customer...